Transformasi Sektor ICT Negara Brunei Darussalam

Transformasi Sektor ICT di Negara Brunei Darussalam sedang giat dijalankan.

Kemajuan sektor ICT adalah kritikal untuk membina sebuah ekosistem yang akan dapat menyokong transformasi digital dan mencapai Wawasan Brunei 2035.

Dibawah inisiatif ini, rangkaian infrastruktur telekomunikasi dimiliki oleh syarikat Unified National Networks Sdn Bhd (“UNN”), dimana syarikat-syarikat Datastream Technology Sdn Bhd (“DST”), Progresif Cellular Sdn Bhd (“Progresif”) dan Telekom Brunei Berhad (“TelBru”) akan menyediakan perkhidmatan fixed dan mobile yang kompetitif kepada para pelanggan.

Dalam masa yang terdekat, para pengguna akan mengalami kualiti perkhidmatan yang semakin meningkat dan pada harga yang lebih berpatutan, dan disokong oleh rangkaian yang canggih dan selamat.

Fakta-Fakta Utama

Faedah-Faedah

Sektor ICT yang Future-Ready

Brunei (4)

Para Pelanggan

Kata-Kata Aluan dari Pengerusi

Pada masa ini, dunia terus bekembang maju dan Negara Brunei Darussalam perlu turut meningkatkan kemajuannya demi masa hadapan bangsa dan tanahair.

Pada bulan Februari, Darussalam Assets Sdn Bhd telahpun mengumumkan bahawa sektor ICT telah melancarkan sebuah inisiatif transformasi untuk mempercepatkan agenda digital negara. Sejak pengumuman tersebut, langkah-langkah kearah transformasi sektor ICT telahpun dijalankan, untuk membawa Brunei ke arah masa depan yang lebih connected dan digital, yang mana akan diurus dan dikendalikan oleh anak-anak tempatan.