Fakta-Fakta Utama

Pekerjaan Kakitangan

Tidak akan ada pemberhentian pekerjaan anak-anak tempatan yang berkhidmat di DST, Progresif dan TelBru. Kakitangan yang tidak beralih kepada UNN atau Retail Companies [SalesCos] akan tetap bekerja di syarikat masing-masing, yang mana akan menjadi Development Companies.

Keperluan Untuk Perubahan

Transformasi sektor ICT untuk menjadi sebuah industri yang lebih digital dengan infrastruktur bertaraf antarabangsa merupakan penyumbang kritikal untuk mencapai Wawasan Brunei 2035.

Faedah Kepada Para Pengguna

Transformasi ini bermakna para pelanggan akan mendapat lebih banyak pilihan pembekal perkhidmatan telekomunikasi, pelbagai perkhidmatan dan liputan yang lebih baik pada harga yang berpatutan.

Bruneianisation

Para kakitangan tempatan dari DST, Progresif dan Telbru tidak akan diberhentikan kerja.

Kesemua pihak yang terlibat dalam transformasi mempunyai mandat yang sejajar – iaitu untuk menyediakan latihan dan pembangunan bagi anak-anak tempatan untuk memastikan Bruneianisation secara sepenuhnya.

Infrastruktur

Dengan pembekal rangkaian yang akan memberi tumpuan khas kepada mengurus dan menaiktaraf aset operasi dan infrastruktur, ini akan memastikan bahawa semua pembiayaan akan disalurkan kepada peningkatan dan pembaharuan aset. Ini bermakna rangkaian infrastruktur yang lebih cepat, kukuh dan lebih dipercayai untuk rakyat.

Dengan adanya satu penyedia rangkaian tunggal, kesemua syarikat-syarikat SalesCos akan mendapat akses kepada teknologi dan infrastruktur, dengan itu mewujudkan playing field yang adil dan pada masa yang sama, meningkatkan persaingan dan inovasi. Ini akhirnya akan memberi manfaat kepada para pengguna.

Peralihan yang Lancar

Pemindahan aset-aset ke UNN telahpun selesai. Beberapa kakitangan telah ditempatkan ke UNN untuk memastikan penyerahan yang sewajarnya dan untuk memastikan bahawa perkhidmatan akan dikekalkan. UNN juga akan memantau secara rapi rangkaian tesebut untuk memastikan perkhidmatan tidak terganggu.

Pihak Berkepentingan

Transformasi ini adalah sebuah usaha bersama diantara Darussalam Assets Sdn Bhd, DST, Progresif, Telbru, UNN, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.