Sektor ICT yang Future-Ready

Peluang Pekerjaan

Transformasi sektor ICT memberikan peluang pekerjaan yang segera dan jangka panjang dalam pelbagai sektor seperti Kerajaan, pelancongan, penjagaan kesihatan, logistik, pendidikan dan perdagangan. Pada masa ini, peluang-peluang pekerjaan telah diwujudkan bagi para kakitangan yang sedia ada di organisasi telekomunikasi SalesCo yang baru ditubuhkan (DST, Progresif dan TelBru) dan juga di UNN.

Matlamat utama program ini adalah Bruneianisation. Dimana adanya beberapa ekspatriat direkrut secara sementara, disediakan jua strategi untuk melatih dan membangunkan keupayaan anak-anak tempatan untuk mengambilalih pekerjaan tersebut dalam jangka masa yang telah dipersetujui.

Tidak akan ada pemberhentian kerja para pekerja dan kakitangan anak-anak tempatan yang bekerja di DST, Progresif dan Telbru akibat transformasi ini.

Program Pembangunan Perniagaan dan Modal Insan

Memodenkan sektor ICT akan mewujudkan industri-industri dan perniagaan-perniagaan baru yang belum ada. Program yang khusus telah diwujudkan untuk terus mengembangkan kemahiran para pekerja DST, Progresif dan Telbru untuk memastikan mereka berada dalam kedudukan yang baik untuk menerima usaha-usaha dan industri-industri yang baru yang akan berkembang.

Program tersebut akan memberi tumpuan kepada peluang-peluang yang berkaitan dengan:

Perkembangan kerjaya
Keusahawanan
Usaha baru
(new ventures)