Para Pelanggan

              

DST . Progresif . TelBru

Penyedia Perkhidmatan

Kesemua penyedia perkhidmatan telekomunikasi beroperasi secara bebas dengan mempunyai Lembaga-Lembaga Pengarah serta Pengurusan masing-masing. Syarikat-syarikat tersebut akan menyampaikan perkhidmatan fixed, mobile dan broadband yang kompetitif kepada pelanggan, serta akan memperkenalkan produk-produk yang inovatif pada masa akan datang.

Dalam jangka masa yang akan datang, para pelanggan akan dapat menjangkakan peningkatan perkhidmatan seperti:

Produk yang
lebih
kompetitif

Liputan
yang
meluas

Peningkatan
kelajuan

Peningkatan
kelajuan

UNN

Penyedia Rangkaian

UNN adalah sebuah syarikat yang dimiliki secara sepenuhnya oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan, dan adalah sebuah Government-Linked Company (GLC) dan anak syarikat dibawah pemantauan Darussalam Assets Sdn Bhd.

UNN ditubuhkan pada 4hb Disember 2018 dengan tujuan untuk membekalkan infrastruktur telekomunikasi digital Negara Brunei Darussalam dengan menawarkan wholesale perkhidmatan telekomunikasi kepada para pelanggan tempatan dan antarabangsa.

Bagi melaksanakan transformasi ini, UNN sedang bekerjasama dengan Deutsche Telekom Group. Salah satu daripada mandat utama UNN adalah Bruneianisation secara sepenuhnya.