Kata-Kata Aluan dari Pengerusi

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pada masa ini, dunia terus bekembang maju dan Negara Brunei Darussalam perlu turut meningkatkan kemajuannya demi masa hadapan bangsa dan tanahair.

Pada bulan Februari, Darussalam Assets Sdn Bhd telahpun mengumumkan bahawa sektor ICT telah melancarkan sebuah inisiatif transformasi untuk mempercepatkan agenda digital negara. Sejak pengumuman tersebut, langkah-langkah kearah transformasi sektor ICT telahpun dijalankan, untuk membawa Brunei ke arah masa depan yang lebih connected dan digital, yang mana akan diurus dan dikendalikan oleh anak-anak tempatan.

Dalam merealisasikan cita-cita menjadi sebuah Negara Pintar, setiap rakyat Brunei digalakkan untuk membuat aspirasi sendiri dan bayangkan kemungkinan-kemungkinan yang kini boleh dicapai, ditahap individu, dan ditahap rakyat, samaada kecil atau besar. Dengan rangkaian infrastruktur yang canggih, state-of-the-art dan selamat, antara aspirasi dan cita-cita yang boleh dicapai adalah seperti:

Aspirasi Kecil

Membuat panggilan video yang lancar dengan orang-orang tersayang yang berada di luar negeri tanpa gangguan rangkaian.

Mempunyai peti sejuk pintar yang mampu membuat pesanan ke pasar raya dan menghantarkannya ke rumah anda apabila anda kekurangan benda dapur seperti inti kaya atau telur.

Mengurangkan perbelanjaan POWERkad anda kerana lampu dan peralatan elektronik anda akan dimatikan secara automatik apabila anda tidak berada di dalam bilik.

Aspirasi Besar

Dengan kemampuan e-commerce yang lebih meningkat, ianya akan dapat memberi perusahaan-perusahaan tempatan akses kepada pasaran di luar negeri yang lebih luas.

Brunei akan menjadi destinasi pilihan bagi pusat data yang berkualiti tinggi bagi syarikat-syarikat di rantau ini.

Brunei akan menjadi hab pelancongan perubatan dengan keupayaan telemedicine dan remote surgery.

Era Revolusi Perindustrian ke-4 telahpun sampai dan ianya membawa perubahan besar yang didorong oleh teknologi, dan negara tidak akan ketinggalan dalam mengalami revolusi digital yang dihadapi seluruh dunia. Transformasi ICT ini tertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti kehidupan rakyat dan menjadi salah satu building blocks bagi mewujudkan ekonomi yang dinamik dan mampan.

Dengan asas infrastruktur yang kukuh, dan dalam memulakan perjalanan ke arah era digital, dengan menggunakan kreativiti dan kebijaksanaan masing-masing, rakyat Brunei boleh mencapai aspirasi dan cita-cita negara, kearah masa depan yang cerah!

YB Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew Bin Abdullah

Pengerusi